Friday, 14 October 2016

MEE REBUS PAHANG


Bismillahirrahmanirrahim..

Ramai yang tak tau di Pantai Timur ada makanan Mee Rebus yang rupanya begini.. Sebab biasanya kalau sebut mee rebus, org akan imagine mee rebus johor or kedah yg kuah pekat dengan keledek tu dan rasa yang agak2 manis sikit kan...

Kali ni kita nak share makanan dari Pahang/Terengganu ni MEE REBUS. Rupanya seakan2 mee sup tapi kuahnya agak pekat sikit.. Ok, resepinya yang seperti saya baru buat malam tadi..

Bahan-bahannya:
1 paket - Mee kuning .. (nak pakai mi lidi lg sedap tp jgn rebus lembik sgt)
5 ulas - Bawang merah tumbuk atau dimayang halus
3 ulas - Bawang putih tumbuk atau dimayang halus
1/2 inci - Halia diketuk
3 cubit - lada hitam ditumbuk (nak pakai serbuk punye pon boleh)
3 ketul - ayam di potong kecil2
sayur sawi
carrot
tomato (kalau suka)
cili merah & hijau nak kasi meriah warna
3 biji telur (sbb sy makan bertiga) 
kiub ayam (optional)

Cara-caranya:
Masukkan minyak agak2 utk menumis
tumis bawang merah & putih, halia serta lada hitam
masukkan ayam
tambah air (agak2 la dlm 3 mangkuk) 
selepas dah mendidih masukkan kiub ayam
masukkan sayur dan mee kuning
perasakan sesedap rasa
pecah telur (kuah akan jadi sedikit pekat)
**ada org suka tambah bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah

Tambahannya: 
Tabur Bawang Goreng & daup sup
Cili Potong + kicap + perahan limau

Slurrppppp..  tambahan tu buat lg sedap... dh la pedas n hangat dengan lada hitam.. tambah lak cili potong n perahan limau.. pergghhh.. pedas n masam.. berpeluhhh!!!

SELAMAT MENCUBA





No comments:

Post a Comment